Portfolio menteri UMNO dalam kabinet berikan kelebihan kepada rakyat – Shahril Hamdan

BAGAN SERAI – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, barisan jemaah baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan satu isyarat dan suntikan kepada seluruh pentadbiran kerajaan.

Katanya, apabila melihat portfolio-portfolio yang cukup dekat dengan rakyat datangnya dari menteri UMNO seperti Menteri Pembangunan Luar Bandar (MPLB), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) maka ia memberi kelebihan kepada rakyat.

“Saya yakin portfolio yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah portfolio yang cukup dekat dengan rakyat dan ianya dapat membantu kepada UMNO serta memberikan kelebihan kepada rakyat kerana UMNO ini ada rangkaiannya yang tidak ada tolok banding dengan parti lain.

“Insya-Allah lantikan menteri dari UMNO ini akan terus membantu kepada prestasi kerajaan dan juga imej parti.

“Bukannya nak kata parti lain tidak boleh buat kerja tapi sebagai orang UMNO sudah tentu lebih suka apabila pemimpin-pemimpin UMNO mengambil tugasan yang dapat membantu rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, pertukaran dua portfolio Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTi) akan memberikan satu isyarat kesinambungan antara gandingan sebelum ini.

“Saya melihat perlantikan Menteri Kesihatan dan MOSTI adalah ‘swapping’ dan ia memberi isyarat bahawa prestasinya menjaga vaksin diiktiraf walaupun Perdana Menteri sudah bertukar tapi dua individu itu masih tetap diberikan kepercayaan,” katanya lagi.

Justeru kata Shahril, sebagai orang parti ia memberikan satu jaminan yang baik kepada UMNO.

Dalam pada itu, beliau memberikan pandangan dan cadangan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu agar dapat menguruskan isu pembangunan dan pengurusan belia.

“Sambunglah perkara yang baik dan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Reezal Merican sebelum ini dan saya yakin beliau akan memberikan ruang dan peluang kepada Pemuda UMNO dan juga wakil-wakil Pemuda UMNO untuk memberikan pandangan dan cadangan bagaimana hendak menguruskan isu pembangunan dan pengurusan belia.

“Saya nampak sekarang ini KBS bukan hanya satu kementerian yang jaga sukan semata-mata tapi banyak perkara yaang harus dijelaskan,” jelasnya.

Tambah Shahril lagi, sebagai contoh isu penggangguran belia yang tidak mendapat pekerjaan selepas tamat belajar dan sebagainya.

“Kalau dulu boleh ‘dirumahkan’ bawah kementerian-kementerian yang lain, sekarang ini sepatutnya Menteri Belia dan Sukan mesti ke hadapan.

“Penggangguran belia ini tidak boleh serahkan seratus peratus kepada MoF atau pun Kementerian Sumber Manusia, sebenarnya KBS masih boleh memainkan peranan yang lebih aktif selepas pengurangan wabak pandemik COVID-19 ini dalam hal pengurusan cabaran belia,” ujarnya lagi. – UMNO Online

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM