PM nyatakan komitmen, Pemuda UMNO terus perjuang tuntutan - pakdin.my

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus membangkitkan keluh kesah rakyat yang rata-rata hari ini terkesan dengan senario ekonomi semasa negara akibat pandemik COVID-19.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi yang berkongsi mengenainya menerusi catatan di Facebook beliau.

“Malam tadi dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, saya telah bangkitkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan dengan harapan tinggi rakyat agar tuntutan mereka (#TuntutanRAKYAT) diberikan keutamaan.

“PM yang juga merupakan Naib Presiden 1 UMNO menyatakan komitmen beliau untuk menyegerakan isu ekonomi rakyat yang sedang tertekan dan terdesak akibat Pandemik ini, sebagaimana yang dibangkitkan Pemuda UMNO,” katanya.

Katanya lagi, Mesyuarat MKT malam tadi juga membuat ketetapan melalui Kenyataan media yang telah dikeluarkan:

“Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambah-baikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik.” ujarnya.- UMNO Online

UTAMABERITAPM nyatakan komitmen, Pemuda UMNO terus perjuang tuntutan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium