BERITASPRM tahan pegawai agensi kerajaan terlibat rasuah RM5,000

SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terlibat rasuah RM5,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan hari ini.

Sumber SPRM memberitahu perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki berusia 44 tahun sejak 2017 hingga tahun lepas sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat.

Katanya suspek ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami