Enam lori tangki hantar bekalan air, mudahkan 1,000 rumah terjejas – Zahida - pakdin.my

KUALA NERUS – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan memaklumkan pada hari kedua misi bantuan semalam lebih enam buah lori tangki berulang-alik menghantar bekalan air bersih yang memberikan manfaat kepada lebih 1,000 buah rumah di sekitar lima taman yang terjejas.

Jelas Zahida, beliau gembira melihat respon penduduk yang menzahirkan kelegaan apabila bekalan air dihantar terus ke hadapan rumah tanpa perlu diangkat dan tadah dari tangki yang jauh.

“Kami juga sampaikan bantuan bekalan barang dapur dan duit belanja kepada keluarga terkesan akibat COVID-19 sekarang.

“Terima Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif sudi bersama Puteri dalam program bantuan tahniah juga kepada Ketua Puteri Terengganu Norazilawati Yusof dan semua Ketua Ketua Puteri Bahagian yang sentiasa bersama rakyat.

“Terima Kasih daun keladi juga diucapkan kepada Ranhill Utilities Berhad atas kerjasama baik dan inisiatif membantu rakyat di sini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Zahida juga memaklumkan sayap bongsu UMNO itu akan terus membantu rakyat bukan sahaja ketika musim krisis tetapi pada setiap masa dikala rakyat memerlukan.

Terdahulu, beliau bersama-sama Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah melancarkan misi Bantuan Penghantaran Air Bersih di Kuala Nerus. – UMNO Online

UTAMABERITAEnam lori tangki hantar bekalan air, mudahkan 1,000 rumah terjejas – Zahida

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium