PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Akses Jaringan Internet Antara Fokus Utama KPLB – Mahdzir Khalid

    KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan capaian internet antara fokus kementerian tersebut dalam membantu memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman.

    Jelas beliau, KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai capaian internet yang lemah.

    “Permintaan yang dianggap sebagai permintaan biasa iaitu akses kepada jaringan internet, jadi ini perkara yang sangat serius.

    “Walaupun kita jaga luar bandar tetapi kita membuat kerjasama dengan KKMM sebab KPLB boleh kenalpasti daerah dan kawasan tertentu yang sangat lemah capaian internet kerana ada sesetengah kawasan mungkin sudah tinggi.

    “Data ini sudah ada di kementerian jadi kita boleh kenalpasti dan fokus untuk membantu KKMM dan masyarakat kampung. Tambah pula di musim pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ini yang mana anak-anak kita belajar melalui atas talian, itu saya fikir menjadi fokus kepada KPLB selain daripada permintaan yang sedia ada,” katanya menerusi program Menelusuri Denyut Nadi Kehendak Rakyat secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

    Tambah beliau lagi meskipun perbandaran semakin luas namun ditakrifkan juga bahawa kawasan pinggir bandar juga adalah meliputi sebahagian daripada kawasan luar bandar.

    “Jadi permintaan kepada luar bandar itu juga sudah berubah kerana kalau kita cakap pasal jalan kampung, bekalan elektrik, air di sesetengah tempat kita hendak adalah penyelenggaraan.

    “Tetapi bagi setengah penduduk di negeri Sarawak dan Sabah bekalan air dan elektrik luar bandar masih lagi diperlukan, begitu juga dengan jalan kampung dan jalan raya di pedalaman. Di semenanjung ini pun sama juga kita ada kawasan-kawasan pedalaman yang kita perlu tengok daripada segi kemudahan asas, itu merupakan salah satu komponen.

    “Begitu juga dengan masyarakat Orang Asli, mereka ini kita melihat secara menyeluruh seperti kemudahan asas dan juga pendidikan,” ujar beliau. – UMNO Online

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah