UtamaPOLITIKKajian Merdeka Centre di...

Kajian Merdeka Centre di sebarkan oleh portal pro PPBM susulan khabar angin UMNO arahkan MP letak jawatan dalam kerajaan - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Semalam tular maklumat dalaman perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang menyuarakan pandangan mahu memutuskan hubungan bersama PPBM. Maklumat diterima Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan dalam kerajaan menimbulkan kegusaran dikalangan parti PPBM yang melihat kerajaan majoriti tipis Perikatan Nasional (PN) hasil kerjasama Barisan Nasional, PAS dan PPBM mula goyah dan menghadapi kemungkinan terbubar.

Mereka mula memainkan sentimen rakyat terhadap parti UMNO yang kononnya khianat kepada kerajaan Melayu/Islam.

Portal pro PPBM mula menyebarkan kajian dari Merdeka Center yang kononnya majoriti rakyat tidak bersetuju UMNO meninggalkan PN atau lebit tepat memutuskan kerjasama bersama PPBM yang dilihat mengkhianati UMNO.

…………………..
Artikel dari Portal pro PPBM.

Majoriti orang Melayu mahu Umno kekal bersama PN, kata satu kaji selidik

Majoriti orang Melayu percaya Umno tidak patut menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional, kata satu kaji selidik terbaru menjelang mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini bagi membincangkan desakan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak untuk keluar daripada blok kerajaan.

Kaji selidik yang dilakukan oleh badan bebas Merdeka Center bermula dari 23 hingga 31 Disember, mendapati responden Melayu tidak bersetuju dengan cadangan Umno untuk menarik diri daripada PN, manakala hanya 21% bersetuju.

Keputusan sama ada Umno harus bersendirian dalam pilihan raya akan datang menunjukkan 51% orang Melayu bersetuju dan 36% mengatakan tidak bersetuju.

Secara amnya, 31% responden bersetuju supaya Umno meninggalkan PN manakala 44% menyatakan sebaliknya.

Mengenai sama ada Umno perlu bergerak secara sendiri, 39% setuju dan 41% tidak bersetuju.

Kaji selidik ini melibatkan 1,202 responden berumur 21 tahun ke atas dari seluruh negara, dengan penyertaan sama rata membabitkan lelaki dan wanita, meliputi kumpulan etnik daripada pelbagai latar belakang.

Beberapa pemimpin yang memihak kepada Najib mendesak ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan dalam usaha memaksa pilihan raya umum mengejut diadakan segera.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa ahli-ahli Parlimen meletak jawatan kerajaan sebelum Februari.

Ahli MKT Umno Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini mendakwa dua pertiga daripada ketua bahagian parti itu di seluruh negara memilih untuk bertanding secara bersendirian pada pilihan raya umum akan datang, tetapi beliau tidak mendedahkan butiran kaji selidik itu.

Rujukan:
* Zahid Minta Ahli Parlimen UMNO Keluar Kerajaan Sebelum Februari
* MKT UMNO muktamadkan esok sama ada pemimpin parti keluar kerajaan, kata Ahmad Maslan

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s