PH Tamatkan PDP tanpa sukuk, bon sukarkan pembinaan Pan Borneo

Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang akan menghubungkan daerah Bongawan ke Papar adalah sepanjang 22.6 kilometer. Pakej kerja Pan Borneo Bongawan-Papar merupakan sebahagian daripada sebelas pakej kerja jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang kini sedang giat dilaksanakan.

KOTA KINABALU — Tindakan kerajaan terdahulu membatalkan Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah tanpa terlebih dahulu mendapatkan sukuk atau bon, menimbulkan kesukaran dalam pelaksanaan projek itu terutama bagi aspek pembiayaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dengan ketiadaan sukuk atau bon, pembiayaan projek itu kini terpaksa bergantung kepada peruntukan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan.

“Sarawak mereka batalkan PDP tetapi mereka sudah dapatkan sukuk atau bon untuk projek itu, tetapi di Sabah terbalik mereka tidak teliti dan kaji, batal PDP tetapi sukuk atau bon belum diurus…apabila tinggal peruntukan pembangunan, Pan Borneo tidak dapat dibangunkan menyeluruh.

“Ada kira-kira RM1 bilion satu tahun (peruntukan pembangunan) untuk bangunkan projek ini…saya kira-kira jika cara ini 45 tahun pun belum tentu projek ini boleh siap untuk dinikmati rakyat kita,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau mengulas dakwaan tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Noorita Sual (Tenom) dan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan), yang mendakwa Bung Moktar mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengatakan Pakatan Harapan memotong bajet projek itu ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertuan Agong pada 21 Sept lepas.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Bung Moktar berkata beliau sedia menerangkan lanjut mengenai projek itu di Dewan Rakyat, bagi memastikan semua pihak faham apa yang terjadi dan memastikan projek berkenaan berjalan dengan lancar.

“Saya tidak mengelirukan Dewan Rakyat, mereka sebenarnya yang menipu…jangan bimbang saya akan jawab mereka di Parlimen, apa yang penting sekarang tanggungjawab kita bangunkan projek ini dengan lancar dan cepat untuk rakyat kita di Sabah,” katanya.

Bung Moktar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Khamis lepas (23 Sept) dilapor berkata projek itu mempunyai tiga fasa iaitu melibatkan pembinaan keseluruhan sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan kos RM40.2 bilion.

Beliau berkata fasa satu projek itu yang melibatkan 35 pakej telah siap proses reka bentuk membabitkan pembinaan sejauh 706km dengan kos RM15.2 bilion dan 15 pakej dalam peringkat pembinaan pada masa ini, melibatkan 317.6km dengan kos RM7.98 bilion di bawah pembiayaan kerajaan Persekutuan.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...