Kedudukan kewangan kerajaan dijangka bertambah baik pada tahun 2023 – PM

Kedudukan kewangan kerajaan dijangka bertambah baik pada tahun 2023 apabila ekonomi semakin kukuh selepas terjejas kerana penularan pandemik COVID-19 selama dua tahun berturut-turut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Penularan pandemik ini turut memberi impak kepada ekonomi global pada tahun 2020, dengan penguncupan pada kadar 3.2 peratus berbanding pertumbuhan 2.8 peratus pada tahun 2019, katanya.

“Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan pandemik ini. Mengimbas pencapaian dalam tempoh RMK-11, iaitu 2016 hingga 2020, keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada kadar purata 2.7 peratus setahun, kurang daripada sasaran asal,” kata perdana menteri dalam ucapannya semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 di parlimen hari ini.

“Pandemik itu juga telah menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan. Pada tahun 2020, defisit fiskal melebar kepada 6.2 peratus daripada KDNK sementara jumlah hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 57.9 peratus kepada KDNK,” tambah beliau.

Namun begitu, sejumlah lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang diperkenalkan bermula pada 27 Mac 2020 telah berjaya menstabilkan ekonomi negara, menyaksikan KDNK kembali berkembang sebanyak 16.1 peratus pada suku kedua tahun 2021 selepas menguncup pada tempoh empat sukuan sebelumnya, kata perdana menteri.

Jumlah nilai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi itu berjumlah lebih RM530 bilion.

“Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023, apabila ekonomi semakin kukuh. Kita harus yakin seperti dalam Surah Al-Insyirah, ayat lima; “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,” tambah beliau.

Ismail Sabri berkata dalam RMK-11, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM248.5 bilion bagi tujuan pembangunan, merangkumi perbelanjaan untuk sektor ekonomi sebanyak 58 peratus, sosial 26 peratus, keselamatan dan pertahanan 11 peratus dan pentadbiran am limaperatus.

Sementara itu bagi sektor ekonomi, perbelanjaan terbesar adalah untuk penyediaan infrastruktur dan utiliti asas. Daripada perbelanjaan ini, sebanyak 46 peratus diagihkan kepada enam negeri yang memerlukan lebih tumpuan, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Saya sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi. Kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, ahli parlimen dan kerajaan negeri.”

Bagaimanapun, oleh kerana keperluan yang amat besar untuk melindungi nyawa dan kehidupan pada tahun 2020 dan 2021, ruang bagi melaksanakan projek pembangunan adalah amat terhad, kata beliau.

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga tahun hadapan. Oleh itu, peruntukan pembangunan kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan,” kata perdana menteri.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...