BERITAWaspada sindiket penipuan yang menggunakan nama & identiti mahkamah

Waspada sindiket penipuan yang menggunakan nama & identiti mahkamah

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ingin memaklumkan bahawa dokumen yang bertajuk “ARAHAN PENYERAHAN DAN PENYIASATAN ASET KEPADA PEGAWAI UNDANG-UNDANG (KEHAKIMAN) DI MAHKAMAH TINGGI PERSEKUTUAN MALAYSIA dan ARREST WARANT” ini adalah merupakan dokumen-dokumen palsu dan ia adalah satu bentuk penipuan (scam) yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sila buat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang menyamar menggunakan identiti dan dokumen palsu ini mendekati anda.

SUMBER: Facebook Rasmi Badan Kehakiman Malaysia

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Menteri Komunikasi yang selama ini mengarahkan SKMM memburu “penyebar berita palsu”, ghairah “repost” maklumat tidak pasti

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami