Belanjawan Sarawak 2022 berjumlah RM10.136 bilion tahun depan – Abang Johari

KUCHING — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan belanjawan berjumlah RM10.136 bilion bagi 2022 berikutan kerajaan negeri akan memberi tumpuan membantu rakyat dalam situasi kesan daripada pandemik COVID-19.

Menurutnya Belanjawan Sarawak 2022 telah dirumuskan dengan berlatarbelakangkan prestasi ekonomi global dan domestik serta ramalan pertumbuhannya pada tahun depan.

“Dengan anggaran hasil RM10.036 bilion dan jangkaan perbelanjaan biasa sebanyak RM10.646 bilion, Belanjawan Negeri 2022 dijangka mengalami defisit RM610 juta.

“Penting pada masa ini dengan mengambil kira impak buruk pandemik COVID-19 kepada ekonomi negeri dan sumber pendapatan rakyat, kerajaan negeri harus memulakan dasar pengembangan fiskal untuk merangsang produktiviti dan menghidupkan semula ekonomi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas mengenai Kenyataan Belanjawan Sarawak 2022 di sini hari ini.

Abang Johari berkata selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Ketua Menteri Sarawak atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri mengikut Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, beliau telah meluluskan Belanjawan Negeri Sarawak 2022 dengan persetujuan Majlis Kerajaan Negeri pada 11 Okt.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata keperluan untuk Belanjawan Negeri mendapatkan kelulusan DUN Sarawak adalah tidak penting seperti dijelaskan dalam Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata antara strategi teras dalam belanjawan ini ialah Skim Bantuan Deposit Perumahan sehingga RM10,000 untuk membantu golongan B40 dan M40 membuat pembayaran deposit pemilikan rumah.

“Belanjawan Sarawak 2020 akan membantu rakyat menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 di mana sebanyak RM285.47 juta akan diperuntukkan antaranya potongan bil elektrik serta pemberian RM500 secara sekali beri kepada pengusaha bot penambang, pemandu teksi serta pemandu bas dan van sekolah,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata penjawat awam Sarawak akan diberikan bonus sebanyak sebulan setengah gaji bagi menghargai khidmat bakti mereka dalam menguruskan jentera kerajaan khususnya dalam situasi getir COVID-19.

“Bantuan khas kewangan untuk para penjawat awam Persekutuan juga tidak dilupakan yang akan turut menerima bonus RM500 sebagai penghargaan kerajaan Sarawak terhadap sumbangan mereka dalam memakmurkan negeri ini,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...