Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[Video] UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM, noktah! – Ahmad Zahid - pakdin.my

[Video] UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM, noktah! – Ahmad Zahid - pakdin.my

MELAKA: Umno kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mana-mana pilihan raya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan parti itu pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun lalu.

“Tidak timbul isu Umno cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama), sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada PAU lalu yang memutuskan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM, noktah!” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Ketika ditanya adakah Umno tidak akan bekerjasama dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata, “saya tidak nampak ke arah itu.”

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, yang dilaporkan berkata, gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada Umno untuk menghadapi PRN Melaka.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan PPBM, PAS dan Gerakan itu bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya Umno dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

BACA juga  Keistimewaan Tim. Presiden rasmi sayap parti hanya tradisi bukan hak

“Tetapi kemenangan kita bukannya (berpunca daripada) menunggang permasalahan orang lain, kita (perlu) bersandarkan kebolehan Umno untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Surah Ad-Duha: Penawar bagi anxiety dan kemurungan

Bacalah Surah Ad-Dhuha dan hayati seluruh maknanya. InshaAllah, ia akan memulihkan kepercayaan anda sekali gus meningkatkan keyakinan anda terhadap hebatnya kekuasaan Allah Taala. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162439/

TERKINI

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Kita tidak lagi boleh hidup dalam penafian. Kita tewas dalam dua PRU lepas. Kita bukan lagi blok politik Melayu terbesar dalam demokrasi Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753

[VIDEO] Gempa bumi lemah landa Semporna

Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165742

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679