PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    PRN Melaka: Simbolik ‘Keluarga Malaysia’ dalam UMNO, BN – Hasan Abd Rahman

    Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd Rahman berharap konsep ‘Keluarga Malaysia’ dapat diaplikasikan sempena menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

    Katanya ini kerana ianya sebagai penanda aras untuk barisan parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan antara satu sama lain bagi memenangi PRN sekaligus mentadbir negeri ini.

    “Kita ada semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob saya percaya jika konsep ini dibawa pada PRN maka tidak ada masalah.

    “Bahkan kalau kita boleh ramalkan atau tidak keterlaluan kita akan berjaya rampas semula kerusi Bemban dan kesemua lima kerusi dalam Parlimen Jasin ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri taklimat jentera kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan kepimpinan bahagian.

    Sementara itu, jelas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, jentera BN Jasin telah mempersiapkan gerak kerja pilihan raya sebelum pembubaran DUN lagi.

    “BN Jasin telah berada di tahap 100 peratus bersedia sebab kita telah menyiapkan jentera ini lama dahulu

    “Kita bersedia untuk PRU-15 yang dijangka tahun depan tapi apabila Melaka tiba-tiba terpaksa mengadakan PRN maka jentera yang kita sediakan ini kita terus guna untuk masuk PRN.

    “Berdasarkan lawatan dan taklimat seluruh DUN kita dapati kesiapsiagaan itu memang nyata, jelas serta terbukti telah sedia cuma tunggu hari pilihan raya sahaja,” ujar beliau lagi.

    Berkaitan

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    Terkini

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran