SUKMA Johor ditangguhkan ke 2024 - pakdin.my

Jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) hari ini bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan, ditangguhkan ke 2024.

Perkembangan itu disahkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, yang meneliti status laporan terkini penganjuran Sukma dan Para Sukma Johor 2020.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata jawatankuasa sama turut bersetuju supaya Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur.

“Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dan Para Sukma akan datang.

“Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sukma Johor 2020, yang sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 14 Mac 2021, dan Para Sukma pada 5 hingga 10 April dibatalkan sekali lagi, berikutan peningkatan kes COVID-19 tahun ini.

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9). Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

UTAMAGAYA HIDUPSUKMA Johor ditangguhkan ke 2024

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium