PILIHAN RAYAPRN Melaka: Infografik palsu, kaitkan Ahmad Zahid beri kata putus pada PAS

PRN Melaka: Infografik palsu, kaitkan Ahmad Zahid beri kata putus pada PAS

Barisan Nasional (BN) Command Center memaklumkan adanya aktiviti penularan satu infografik palsu kononnya mengaitkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata putus untuk PAS agar hanya menggunakan logo atau bendera mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau hubungan Muafakat Nasional (MN) dibubar.

Ahli BN dan pihak awam dinasihati agar tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak tertentu dalam memburukkan imej BN menjelang PRN Melaka yang semakin hampir.

Command Center turut menasihati agar orang ramai sentiasa melakukan rujukan kepada laman-laman rasmi media sosial seperti BN Comms dan UMNO-Online bagi sebarang berita informasi serta maklumat yang sahih.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami