UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAPKR gugur bekas sekutu...

PKR gugur bekas sekutu Azmin sebagai calon PRN Melaka - pakdin.my

PKR mengumumkan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ginie Lim yang mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digugurkan daripada senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.

Lim yang pernah menjadi sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali merupakan calon bagi kerusi itu sebanyak tiga kali bermula PRU12 namun hanya memenanginya pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru.

Pada Jun 2020, PKR memberikan amaran kepada Lim kerana rapat dengan Azmin yang keluar parti itu dan terlibat dalam Langkah Sheraton sekali gus menumbangkan kerajaan PH di Putrajaya.

Selain Lim, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang Carolyn Khe juga turut diberikan amaran yang sama.

Lim akan diganti dengan Law Bing Haw sebagai calon baru yang merupakan naib ketua Cabang PKR Kota Melaka.

Pada sidang media hari ini, Anwar turut mengumumkan calon bagi PRN Melaka yang turut memasukkan dua Adun yang menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri.

Mereka adalah bekas Adun Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...