UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNMelaka: BN selaraskan kempen...

#PRNMelaka: BN selaraskan kempen ikut SOP semasa, jentera terus lipatgandakan usaha – Mohamad - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

MASJID TANAH – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kempen parti itu diselaraskan dengan Standard Prosedur Operation (SOP) semasa sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu 20 Nov depan.

Menurut beliau walaupun dilihat agak ketat namun parti tetap mematuhi segala garis panduan dan segala peraturan yang digazetkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepertimana saranan Kementeri Kesihatan Malaysia.

“Ya memang susah sebab PRN ini kita masih lagi dalam peringkat memerangi dan memutuskan jangkitan COVID dan itu merupakan keutamaan Negara. Jadi SOP yang dikenakan oleh KKM dan digazetkan oleh SPR itu perlu kita patuhi dan ini merupakan pilihan raya pertama pilihan raya negeri tetapi kita dah ada pengalaman semasa pilihan raya Kecil di Chini, PRK Slim dan juga Sabah.

“Kita akan patuh segala SOP yang dikenakan dan BN sedang mengubah cara untuk berkempen agar kita dapat menemui bukan sahaja secara fizikal tetapi menemui pengundi-pengundi melalui media sosial. Namun di kawasan kampung kita masih lagi memerlukan sentuhan fizikal untuk berjumpa seramai mungkin tetapi mengikut SOP yang dikeluarkan,” katanya kepada UMNO Online, di sini, malam tadi.

Mohamad seterusnya menambah segala kerja di pelbagai peringkat sedang diperkemaskan sebaik mungkin agar perjalanan kempen yang berbaki 10 hari terus berjalan dengan lancar.

“Gerak kerja disusun atur di peti undi dan gerak kerja ini telah lama dibuat dan hari ini ianya disusun atur supaya ianya lebih berkesan lagi. Banyak tempat yang saya pergi di PDM-PDM gerak kerja ini di selaraskan dengan baik.

“Jadi insya-Allah apa yang kita buat perancangan gerak kerja penting dan apabila gerak kerja disusun atur dengan elok-elok, saya yakin bahawa yang penting kita nak keluarkan seramai mungkin penyokong-penyokong-penyokong kita.

“Tidak guna kita ramai penyokong di atas kertas tetapi tidak keluar semasa hari pengundian. Katakanlah kita boleh keluarkan 90 peratus pengundi setia kita, insya-Allah kita boleh kekalkan kemenangan pada PRU-14 selain harapan dan juga peluang yang cerah di beberapa kerusi lain memandangkan PRU-14 dan PRN ini merupakan dua perkara yang berbeza.”

Dalam perkembangan sama beliau turut melontarkan keyakinan bahawa pengundi hari ini sudah boleh membuat pertimbangan serta penilaian yang sewajarnya.

“Itu sebabnya manifesto kita pada kali ini tajuknya ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’. Jadi rakyat mesti memilih dan memberi kepercayaan kepada satu parti teras supaya parti teras ini dapat menubuhkan kerajaan dan bukannya parti yang tidak cukup nak menubuhkan kerajaan dan berkongsi dengan orang lain untuk tubuhkan kerajaan.

“Malah setiap hari pemimpin kerajaan atau ketua negeri sentiasa diugut, diancam. Kalau tidak dapat penuhkan apa yang mereka mahu, mereka akan lari keluar dan kerajaan akan jatuh. Jadi ianya bukan kerajaan sahaja yang jatuh tetapi rakyat akan susah disebabkan ketidakstabilan politik di Negara dan negeri ini,” ujarnya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s