UtamaPolis Tak Perlu Lindungi...

Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga - pakdin.my

Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan.

Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula. Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.

Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.

Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana “sukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya”.

Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat “sukar keluar masuk ke rumah”, A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.

Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah ‘sukar keluar masuk ke rumah sendiri”, Ambiga telah mengaku kalah.

Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya ‘anjing’ yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh. Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.

Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.

Maka, sahlah, manusia yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana “sukar nak masuk ke rumah” pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya.

Sewajarnya pihak polis dan kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga. Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya.

KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA.

JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.

DAN JANGAN LUPA PEGANGAN UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK DEMOKRATIK.

AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU BENTUK ‘KEGANASAN POLIS’ MENGIKUT AJARAN AMBIGA.

Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun.

Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita. Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak ada duit. Entah berapa dana Zionis NED yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu. Tak gitu?

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...