Tuesday, June 25, 2024
26.4 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

SRC International: Siasatan SPRM sahkan derma keluarga diraja Arab Saudi – Dzulkifli- pakdin.my

  • Dzulkifli terkejut cadangan SPRM untuk mendakwa Najib Razak atas jenayah pecah amanah penyewelengan pada tahun 2015.
  • Pihaknya kemudian berpuas hati apabila hasil siasatan membuktikan dana RM2.3 bilion itu sebenarnya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi.

Perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini dikejutkan dengan pendedahan saksi ke-15, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2015.

Dzulkifli merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa penyiasatan terhadap dana bernilai RM2.3 bilion sedang dijalankan oleh agensi terbabit bersama-sama Jabatan Peguam Negara.

Dzulkifli juga mendedahkan pada awalnya beliau sangat terkejut dengan cadangan SPRM mahu mendakwa Najib yang merupakan Perdana Menteri ke-6 ketika itu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas jenayah pecah amanah penyewelangan.

Selain daripada Seksyen 403, SPRM juga ada memberikan cadangan untuk mendakwa Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Beliau ketika itu merujuk kepada penemuan awal SPRM berhubung kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC yang diberikan kepada peguam negara ketika itu.

Kertas siasatan itu telah diberikan oleh bekas Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Apandi Ali pada awal Januari 2016.

Bagaimanapun, kata bekas Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam itu, pihaknya kemudian berpuas hati apabila kertas siasatan dikembalikan dengan hasil siasatan membuktikan dana RM2.3 bilion itu sebenarnya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi.

Dzulkifli berkata demikian ketika pemeriksaan utama petang tadi dengan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya terkejut bila SPRM mencadangkan supaya beliau (Najib) yang juga Perdana Menteri didakwa di bawah Seksyen 403 dan Seksyen 23 Akta SPRM.

“Kami telah diberikan kertas siasatan penemuan awal berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang bernilai RM42 juta SRC International. Saya kemudian menubuhkan sebuah pasukan khas Jabatan Peguam dan juga SPRM.

“Siasatan kami menjurus kepada adakah benar penyewelengan dilakukan oleh Najib selain daripada mengkaji sejauh mana beliau mengetahui tentang skandal ini.

“Kami juga ingin tahu adakah beliau sedar wang sebanyak itu masuk ke dalam akuan peribadinya juga adakah beliau sendiri telah memberikan arahan untuk perkara sedemikian.

“Tetapi apabila tamat siasatan, kami SPRM dan Jabatan Peguam gembira dengan keputusan yang membuktikan beliau tidak ada kaitan dengan salah laku ini. Kes ini kemudian di klasifikasikan sebagai No Futher Action (NFA),” katanya.

Dzulkifli juga mendedahkan pihaknya bersama-sama Jabatan Peguam Negara telah mengambil inisiatif untuk merekodkan keterangan pelbagai pihak termasuk Najib, keluarga diraja Arab Saudi, Low Taek Jho atau Jho Low juga beberapa individu lain dikaitkan dengan skandal ini.

“Pada pandangan saya, daripada keterangan-keterangan ini sudah membuktikan bahawa wang RM2.3 bilion bukannya dari dana 1MDB sebaliknya derma Arab Saudi. Bagi saya ianya satu ‘done deal’,” ujarnya.

Prosiding akan bersambung esok pagi dan Shafee ada memberi bayangan perbicaraan pembelaan Najib berkemungkinan akan berakhir minggu ini.

Rujukan:

Kes SRC: Sah! Zeti Aziz terima 2 surat derma Arab kepada Najib

Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak

[(Bahagian 2] Derma King Saud: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti mencadangkan wang dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib Razak

Najib disahkan positif COVID-19

Jurucakapnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, memaklumkan Najib, 70, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital. Muhamad Mukhlis Maghribi, memaklumkan Najib, 70, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.

[VIDEO] Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda

Dalam kes ini, ia adalah jelas bahawa pihak Pendakwaan tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk meneruskan dengan rayuan tersebut, maka oleh sebab itu, Petisyen Rayuan tidak difailkan. Ini telah kemudiannya menyebabkan pihak Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua rayuan Pendakwaan terhadap keputusan kes Dato’ Sri Najib dan Encik Arul Kanda.

[VIDEO] Panda gergasi Xing Xing, Liang Liang sambut ulang tahun ke-17

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

[VIDEO] Apa yang rakyat Malaysia biasa dapat selepas menyingkirkan Najib?

Sila tanya rakan-rakan kamu, terutamanya rakan-rakan Cina soalan ini Jadi, apa rakyat Malaysia biasa dapat selepas menyingkirkan Najib? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165181

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Terkini

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Lebih 35 terbunuh, berpuluh yang lain cedera dalam kebakaran bangunan di Kuwait

Lebih 35 orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam kebakaran bangunan di kawasan yang padat dengan pekerja asing di Kuwait, kata Kementerian Dalam Negeri.

Video News

Tolong lah subscribe: