UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNMelaka: Calon wanita BN...

#PRNMelaka: Calon wanita BN mampu pacu pembangunan untuk negeri Melaka - pakdin.my

Wanita merupakan aset negara dan lebih separuh dari populasi negara terdiri daripada golongan itu dan wajib diberi ruang sepenuhnya kepada mereka untuk bersuara dalam memperkasakan golongan wanita.

Menyentuh hal demikian, Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berpandangan Barisan Nasional (BN) komited mengenainya dan atas sebab itu, parti mencalonkan lima wanita sebagai calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“UMNO sahaja mencalonkan empat orang wanita. Lebih banyak dari parti-parti lain. Dan yang dicalonkan semua memiliki pengalaman yang mampu memacu pembangunan untuk negeri Melaka.

“Wanita adalah tulang belakang negara. Mereka juga merupakan tulang belakang kami dalam UMNO. Ruang perlu diberi sepenuhnya kepada mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya lagi, antara calon wanita daripada UMNO ialah Tuminah Kadi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.

“(Tuminah) Ketua Penerangan Wanita UMNO Tangga Batu, Pegawai Perhubungan Awam di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Berkhidmat kepada rakyat Tangga Batu sejak sekian lama dan diletakkan di DUN Pantai Kundor lawan seorang lagi pengkhianat yang menyebabkan PRN ini.

“Calon kami di (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Hajjah Kalsom Nordin. Ketua Wanita UMNO Pengkalan Batu. Calon yang paling berpengalaman. Sudah berkhidmat di kawasan Hang Tuah Jaya semenjak tahun 1980an, dan sedia berkhidmat sebagai ADUN untuk semua penduduk Pengkalan Batu,” katanya.

Manakala tambahnya lagi, di DUN Rim ialah Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang telah diperkenalkan sebelum ini dan yang terakhir, Puan Siti Faezah Datuk Abdul Azis, calon yang terkenal di dalam kawasan Jasin bagi DUN Sungai Rambai.

Justeru ulasnya, di atas komitmen BN di dalam memperkasa golongan wanita, parti telah mencalonkan wanita yang mampu memperhebatkan lagi bukan sahaja suara wanita di dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi suara semua rakyat yang mereka wakili.

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...