UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNMelaka: Kempen secara positif,...

#PRNMelaka: Kempen secara positif, fokus pada tawaran BN – Shahril Hamdan - pakdin.my

ALOR GAJAH – Setelah lima hari berkempen, calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka, dilihat telah berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu berkempen, selain mula menerima sokongan positif di kawasan-kawasan yang ditandingi berbanding pencabar dari parti-parti lain.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, hari ini beliau meluangkan masa membantu calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra sebagai ‘Along’, yang dilihat sebagai calon baharu yang mempunyai kreadibiliti dan keazaman untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasannya.

“Saya kira, Along membawa cerminan baru budaya BN dalam meraih undi, inilah cara kempen yang Along bawa dan ianya bersifat ‘positif’ tidak ada kempen negatif walaupun ada salah seorang dari calon yang berprofil tinggi yang cuba menaikkan sentimen negatif tapi beliau dapat mencerminkan budaya baru BN.

“Saya melihat apa yang dibawa oleh calon Asahan di sini konsisten dengan apa yang dilihat di tempat-tempat lain di mana calon BN ditampilkan bukan hanya mempunyai keterampilan dan profil yang merasakan pengundi boleh tertarik tetapi janji dan tawaran calon amat spesifik khususnya mencerminkan pengalaman BN yang tahu meletakkan calon yang sesuai pada tempatnya,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat tertarik dengan tawaran dan aku janji tempatan yang diketengahkan Along, antaranya membina sebuah masjid baharu di Selandar, menaik taraf sektor pertanian dan ekonomi untuk orang muda di Alor Gajah khususnya di Asahan sekiranya diberikan mandat.

“Seandainya dipilih dan mendapat mandat beliau akan mengusahakan sebuah masjid baru yang dibina di Selandar dan ini mencerminkan ‘cakna’ keperluan masyarakat setempat dan juga kemudahan-kemudahan sukan untuk orang muda sesuai dengan keperluan setempat.

“Beliau akan membawa petani-petani muda di Asahan ke satu era atau ke satu fasa yang lebih maju, seperti contoh penditigalan, teknologi-teknologi dan Along akan membantu untuk memastikan ada penambahan dan peningkatan taraf kualiti hidup dan ekonomi orang muda,” tegasnya.

Fairul Nizam yang mewakili BN bakal berdepan pertembungan enam penjuru di kerusi DUN Asahan bersama tiga calon Bebas, Azmar Abdul Hamid, 49; Mohd. Akhir Ayob, 50; dan Mohd. Nor Salleh, 43, serta Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron dan Perikatan Nasional (PN), B. Dhanesh, 29.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Asahan dimenangi calon BN, Datuk Abdul Ghafar Atan dengan majoriti 275 undian menewaskan calon PH, Zamzuri Arifin dan calon Pas, Azlan Maddin.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Saya menyedari api menyambar kedai makan di sebelah dan dalam keadaan panik, saya hanya sempat mengangkat dua tong gas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960