Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNMelaka: Rekod BN, 22...

#PRNMelaka: Rekod BN, 22 bulan PH penanda aras pengundi buat pilihan – Ahmad Maslan - pakdin.my

MASJID TANAH  – Segala pembangunan dan segala pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sebelum ini merupakan penanda aras untuk pengundi membuat pilihan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov nanti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berkongsi pandangannya berpandangan soal kesihatan, ekonomi setempat termasuklah segala prasarana yang ada adalah daripada kerajaan sebelum ini yang diterajui BN.

Justeru katanya apa yang ada itu adalah bukti jelas dan merupakan indikator para pengundi sebelum mereka membuat pilihan kerana BN telah terbukti selama ini dalam membawa pembangunan dan agenda membela nasib rakyat.

“Banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya telah pergi sepanjang kempen ini dan ingin saya nyatakan bahawa segala pembangunan yang telah kita laksanakan harapnya tidak dilupai oleh pengundi.

“Segala prasarana yang kita bina, segala kemudahan pendidikan, kesihatan, perniagaan  yang telah dibina sehinggakan Melaka menjadi negeri maju di bawah BN negeri bersih di bawah BN, negeri sejahtera di bawah BN. Segalanya telah kita laksanakan apa yang telah kita laksanakan dan dilihat sebagi bukti kepada seluruh rakyat seluruh negeri Melaka,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bersama jentera dan calon BN DUN Taboh Naning, Zulkifli Mohd Zain.

Ahmad Maslan seterusnya menambah soal kedua yang perlu ingat adalah bagaimana negara ketika diperintah oleh Pakatan harapan (PH) selama 22 bulan.

“Keduanya kita harap pengundi tidak lupa kepada segala apa yang telah berlaku selama 22 bulan di negeri dan juga negara yang mana ketika PH memerintah banyak perkara-perkara yang semua orang tahu amat menekan kepada rakyat  dan menyebabkan negara tidak stabil, ekonomi tidak meningkat.

“Itu ketika PH memerintah 22 bulan. Ketika PN memerintah 18 bulan COVID-19 mencanak tinggi dan kemudiannya kita ada ‘lockdown’ yang paling lama dalam sejarah yang menyebabkan ekonomi terus jatuh dan rakyat amat susah tetapi apabila kita di bawah pemerintahan Perdana Menterinya (dari) UMNO, Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri, pembaharuan serta pembaikan serta pemulihan amat baik tentang COVID-19, kes makin menurun maka rakyat semakin lega.

“Dan pada masa yang sama vaksinasi semakin meningkat rakyat juga bertambah lega apabila ekonomi dibuka, boleh rentas negeri, perniagaan dan pelancongan dibuka maka rakyat boleh kembali mencari makan dan ini melegakan rakyat,” kata Ahli Parlimen Pontian itu lagi.

Justeru tambahnya, ia satu kejayaan yang tiada sesiapa boleh memadamkan rekod tersebut.

“Jadi saya ingin sekali lagi mengulangi memohon jasa baik pengundi-pengundi jangan lupa banyak perkara, pertama jangan lupa jasa BN di negeri dan negara, keduanya jangan lupa rekod-rekod yang tidak baik dalam pemerintahan yang telah berlaku sebelum diambil alih oleh Datuk Seri Ismail Sabri,” ujarnya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883