Mandat baharu dari rakyat, BN Melaka bakal desak HSR kembali laluan asal – Shabery Cheek

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Barisan Nasional (BN) Melaka telah mendapat mandat baharu daripada rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu lalu.

Sehubungan itu katanya, desaklah semula pelaksanaan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) kembali ke rancangan asal.

“BN Melaka dah dapat mandat baru dari rakyat. Desaklah balik. ECRL pun hampir dapatkan semula jajaran asal yg ditukar oleh PH. Tak lagi kena lalu Negeri Sembilan yang tak munasabah. Ini pun hasil desakan bila PH jatuh.

“HSR akan beri kesan ekonomi jangka panjang untuk rakyat semua. Kalau takat sampai Johor, baik tak payah lagi,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Sebelum itu beliau turut menyebut berkaitan ‘tag line’Perikatan Nasional (PN) dalam kempen PRN Melaka.

“‘Abah Sayang Melaka’, tapi ‘Abah’ batalkan HSR dari Singapura untuk orang Melaka. Parti ‘Abah’ pun ditolak orang Melaka.”

Katanya, HSR adalah untuk kepentingan ekonomi rakyat sebelah sini.

Dilaporkan, antara janji manifesto BN dalam PRN Melaka ialah mahu laluan projek HSR diteruskan dari Kuala Lumpur ke Singapura agar laluan dapat melalui Melaka sekali gus membawa limpahan pembangunan ekonomi kepada negeri ini.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...