#PRNMelaka: Masa BN untuk bekerja lebih kuat, kemenangan bukan untuk dulas-ulas – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa ini adalah masa untuk bekerja iaitu bekerja dengan lebih kuat selepas Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dengan majoriti lebih 2/3 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Ujarnya, Kemenangan yang dikecapi mesti dilunaskan segera dengan tanggungjawab memulihkan ekonomi, mencipta pekerjaan, dan menambahbaik tadbir urus kerajaan.

“Banyak yang telah diperkatakan sejak kemenangan BN di Melaka. Saya tidak berhasrat untuk mengulasnya lagi.

“Bagi saya, ini adalah masa untuk bekerja. Bekerja dengan lebih kuat. Setelah tiga tahun dibazirkan oleh pergolakan politik, ini adalah saat genting bagi BN untuk terus memacu ke hadapan dengan pantas dan bingkas.

“Setelah kestabilan politik yang telah BN terima di Melaka, kemakmuran rakyat negeri Melaka mesti diterjemahkan melalui kepesatan pembangunan dan kesejahteraan hidup.

“Melaka memerlukan lonjakan baru di dalam sektor ekonomi. Pelancongan Melaka wajar diberi nafas baru dengan model perniagaan yang inovatif,” katanya melalui kenyataan dalam laman facebooknya.

Ujar beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, idea untuk menjadikan Melaka sebuah kota utama untuk pekerja lepas (freelancers), digital nomad, dan pengiat industri kreatif wajar diberikan keutamaan. Melaka boleh menjadi destinasi bagi pekerja lepas (freelancers) dan industri kreatif utama Malaysia.

“Berasaskan kekuatan Melaka dalam industri pelancongan kesihatan, anjakan seterusnya ialah membangunkan Melaka sebagai wilayah ekonomi berorentasikan kesihatan yang utama di negara ini.

“Melalui ikhtiar sebegini, sektor seperti pembuatan produk berkaitan kesihatan, latihan kesihatan, serta pengembangan industri farmaseutikal boleh menjadi sektor keberhasilan baru.

“Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka mesti digunakan sebaik mungkin bagi menjadikan Melaka sebagai gerbang baru bagi kemasukan industri, pelancong, pekerja, dan pelajar dari Sumatera.”

Jelasnya, memesatkan pertumbuhan ekonomi akan mencipta pekerjaan sementara rakyat yang mempunyai pekerjaan akan akhirnya boleh mengecapi kesejahteraan asalkan kekayaan yang tercipta itu diagihkan dengan saksama.

“Kemenangan di Melaka bukan lagi untuk diulas-ulas dan dibangga-bangga. BN telah mengembalikan kestabilan dan memulihkan demokrasi di Melaka. Fasa seterusnya ialah mengurus kemajuan negeri tersebut dan memakmurkannya,” katanya lagi.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...