PRN Melaka: Usah leka dengan kemenangan… Ujian terus berpadu, bersetia, bersama – Norshida

Setelah lima hari berlalu, Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi dari 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang pastinya amat makna buat BN di setiap peringkat sama ada di pusat, negeri mahupun akar umbi.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berkata, kemenangan BN ini juga sebenarnya satu ujian agar semua terus berpadu, bersetia dan bersama.

“Kemenangan ini adalah hasil gerak kerja semua pihak, bukan ‘one men show’. Setiap pemimpin sama ada bergelar menteri atau bukan, setiap seorang jentera akar umbi semuanya berpadu demi rakyat, demi kemenangan BN, demi kerajaan yang lebih stabil,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Katanya, kemenangan ini menyuntik semangat berkobar-kobar dan luar biasa kepada jentera parti BN untuk berjuang dan berkerja demi kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Ia juga menggarap keyakinan BN untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat demi sebuah kerajaan yang lebih stabil.

“Ini adalah masa untuk kita semua saling menyokong, saling menguatkan dan saling berpadu. Bukan masanya saling mencari kurang dan saling mencari salah. Pihak yang kalah, yang hilang begitu banyak kerusi tidak gempita mencari salah pemimpin atau sengaja melakukan provokasi sesama mereka.

“Kita boleh sangat gembira, tapi usah mendabik dada, usah leka dan paling utama hindari sengketa,” katanya lagi.

Pada 20 November lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi PRN Melaka bahawa BN yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC menang 21 daripada 28 kerusi DUN dengan menewaskan pencabarnya, Perikatan Nasional (PN) yang mendapat dua kerusi dan lima kerusi dipertahankan Pakatan Harapan (PH).

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...