Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMPoket rakyat semakin parah…...

Poket rakyat semakin parah… kenapa tiada kelihatan pelan tindakan kawal harga barang? - pakdin.my

Pemuda UMNO menuntut jawapan tuntas daripada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengurus dan mengawal kenaikan harga barangan pengguna.

Pengarah Komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mempersoalkan mengapa tiada kelihatan pelan tindakan mengatasi masalah ini.

“Apakah yang kementerian sedang lakukan atau hanya sekadar membiarkan pasaran menentukan harga?

“KPDNHEP perlu segera mainkan peranan untuk mengawal harga barangan mentah keperluan dengan menguatkuasakan Akta kawalan Harga dan Akta Anti Pencatutan. Hanya Melalui penguatkuasaan sahajalah kesan kepada pengguna dan rakyat dapat diminimakan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Pemuda UMNO juga mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengadakan perbincangan dengan negara pengeluar bagi mengatasi kenaikan kos penanaman mereka.

“Pantauan berkala mesti dilaksanakan agar tindakan dapat diambil terhadap mana-mana pengeluar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga tanpa asal serta membebankan pengguna.

“Malah kami senada dengan pendapat Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di Facebooknya menyatakan sudah tiba masanya untuk kerajaan benar-benar menetapkan hala tuju ‘Dasar Jaminan Makanan Negara’ agar kebergantungan kita kepada barangan asas import dapat diminimakan,” tegasnya lagi.

Syed Mohd Johan Rizal memberi respon demikian selepas tular laporan harga sayur meningkat mendadak, kenaikan sekali lagi harga roti Gardenia antara 10 sen hingga 45 sen mulai 1 Disember ini selepas kenaikan sebelum ini pada 1 Jun lalu.

Katanya, itu baru satu barang yang secara rasmi telah mengumumkan kenaikan harga, selepas ini mungkin ada lagi syarikat produk pengguna akan buat pengumuman yang sama dan banyak yang menaikkan harga secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan.

“Alasan pengeluar, kenaikan ini berlaku kerana kenaikan kos akibat penularan COVID-19 serta diakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Difahamkan kenaikan berpunca terus dari kos pertanian apabila harga baja, benih, racun naik 100% bermula awal tahun 2021.

“Kenaikan juga berlaku akibat monopoli dunia menjadi kesan kenaikan terutamanya dari hasil hasil import dari negara China yang akhirnya kesan dapat dirasai kini.

“Antara sebab sebab lain juga adalah permintaan terhadap barangan mentah ini menjadi lebih tinggi selepas sektor industri makanan dapat dibuka semula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tambahnya.

Ulasnya lagi, realitinya rakyat sedang berdepan dengan tekanan kenaikan harga barangan makanan yang boleh disifatkan ‘mengila’ seolah macam pesta pakat-pakat naik harga barangan dengan alasan kos meroket.

“Memburukkan keadaan lagi, penglibatan ‘orang tengah’ cuba mengaut keuntungan berlebihan juga memberi kesan keparahan kepada poket rakyat dan pengguna.

“Pengeluar dengan mudah boleh menaikan harga barang apabila kos naik dan selaku pengguna, mereka terpaksa membeli akibat tiada pilihan di dalam pasaran.

“Lebih menyedihkan pengguna tidak mempunyai kaedah bagi menaikkan pula pendapatan mereka dengan segera bagi menampung kenaikan kos bagi membeli barangan,” kesalnya.

Begitu juga katanya ramai sekarang ini masih susah akibat tekanan ekonomi kerana COVID-19 dengan pendapatan belum stabil dan sekarang terpaksa pula menanggung kenaikan harga barangan.

“Besar beban golongan ini terutama golongan B40 dan M40. Bagaimana mereka hendak menyerap kenaikan kos dengan pendapatan yang masih statik,” katanya. – UMNO ONLINE

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480