Banjir: 47 mangsa korban banjir, lima lagi masih hilang - pakdin.my

Seramai 47 korban banjir dicatatkan sehingga Ahad manakala lima daripada mereka masih belum ditemui.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kenyataan memaklumkan lima mangsa membabitkan lelaki dewasa dalam kejadian banjir di Pahang.

Kenyataan itu turut menyebut, dalam kejadian di negeri itu, seramai 13 mangsa lelaki dewasa, empat wanita dan dua kanak-kanak lelaki manakala di Kelantan membabitkan dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Jumlah korban seluruh negara pula membabitkan 32 lelaki, 12 wanita dan tiga kanak-kanak,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Selain itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan Selangor mencatatkan angka korban tertinggi sebanyak 25, diikuti Pahang (19) dan Kelantan (tiga).

“Daripada 25 jumlah kematian direkodkan di Selangor, 17 kes adalah lelaki dewasa, manakala lapan lagi kes melibatkan wanita dewasa.

Pada Sabtu dilaorkan jumlah mangsa yang terkorban akibat banjir yang melanda negeri Selangor, Pahang dan Kelantan sejak Jumaat lalu sebanyak 46 orang.

Baca juga:
Banjir: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada i-Citra RM10,000, kata PM
Banjir: Jururawat dan anak sanggup jalan kaki 8 jam untuk kembali ke rumah

UTAMABERITAAMBanjir: 47 mangsa korban banjir, lima lagi masih hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium