Dua lagi daerah di Sabah dilanda banjir malam ini

Sabah merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan daerah Paitan dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda bencara itu, malam ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 566 orang daripada 182 keluarga malam ini berbanding 504 orang daripada 167 keluarga petang tadi.

Di Paitan yang terletak di utara negeri itu, seramai 32 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan dengan tujuh orang daripada satu keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol manakala 25 orang daripada enam keluarga di PPS Dewan Kampung Binsulung.

Seramai 30 orang daripada lapan keluarga di Beluran pula dipindahkan di PPS Dewan Kampung Balaban manakala mangsa banjir di Kota Marudu pula kekal 504 orang daripada 167 keluarga di dua PPS sejak petang tadi.

PPS SMK Tandek di Kota Marudu menempatkan 253 orang daripada 97 keluarga manakala 251 orang daripada 70 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan.

Sementara itu, hujan lebat berterusan bermula tengah hari hingga 4 petang tadi di Lahad Datu menyebabkan air Sungai Tengah Nipah naik mendadak dan menyebabkan banjir kilat di Kampung Keliatan dan Taman Khazanah Indah, namun banjir kilat itu surut lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata paras air dilaporkan meningkat di 11 sungai di Beluran, melibatkan tiga kawasan terjejas banjir sehingga beberapa jalan utama dinaiki air.

Turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir malam ini adalah Johor dan Melaka manakala Pahang dilanda banjir gelombang kedua.

Di JOHOR, mangsa banjir di daerah Segamat dan Tangkak meningkat sedikit kepada 1,167 orang daripada 297 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 1,080 keluarga daripada 271 keluarga, petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan dalam kenyataan berkata terdapat pertambahan satu PPS di Segamat iaitu Dewan Serbaguna Lagoh, sekali gus menjadikan keseluruhan 20 PPS dibuka di dua daerah itu.

“Satu PPS kekal dibuka di Tangkak iaitu Sekolah Agama Bandar Tangkak yang menempatkan 31 orang daripada tujuh keluarga penduduk Kampung Sri Makmur,” katanya.

Vidyananthan berkata dua sungai di Segamat melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat di Bandar Segamat dengan paras air pada 9.82 meter manakala Sungai Tangkak di Kampung Sri Makmur pada paras 4.29 meter.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 677 orang daripada 173 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 507 orang daripada 134 keluarga pada 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan berkata lapan PPS dibuka di Alor Gajah iaitu di Balai Raya Gadek, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang, SMK Seri Pengkalan, Surau Kampung Jeram, SMK Lubok China, SK Belimbing Dalam, SK Alor Gajah 1 dan SK Durian Tunggal.

“Di Melaka Tengah, dua PPS dibuka iaitu SK Krubong dan SK Taman Merdeka manakala di Jasin membabitkan SK Parit Penghulu,” katanya.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengesahkan banjir gelombang kedua telah bermula apabila beberapa daerah yang telah pulih kembali dinaiki air menyebabkan PPS di daerah tersebut kembali dibuka hari ini.

Seramai 155 mangsa banjir gelombang kedua ditempatkan di 24 PPS di Maran, Bera, Lipis dan Raub manakala Rompin yang tidak dilanda banjir sebelum ini, turut terjejas dalam gelombang kedua.

Di Bentong, Temerloh dan Pekan yang dilanda banjir sejak pertengahan Disember lepas, sebanyak 18 PPS masih beroperasi bagi menempatkan 1,542 orang yang belum dapat pulang ke rumah kerana belum selesai dibersihkan atau rosak teruk.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan lima sungai berada di paras bahaya dengan tiga daripadanya di Lipis iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah, Sungai Kechau di Kampung Dusun dan Sungai Lipis di Benta selain Sungai Serting di Padang Gudang, Bera dan Sungai Luit di Maran.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi portal Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di bawah NADMA menunjukkan jumlah mangsa banjir direkodkan adalah seramai 1,363 orang membabitkan 357 keluarga dengan 14 PPS dibuka melibatkan empat daerah iaitu di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin, setakat 9 malam ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir pula semakin berkurang kepada 147 orang daripada 44 keluarga malam ini berbanding 165 orang daripada 49 keluarga petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata penurunan itu susulan penutupan satu PPS di Dungun lewat petang tadi.

“Jumlah PPS ketika ini ialah tiga iaitu dua di Dungun dan satu di Kemaman dengan jumlah mangsa di kesemua PPS itu kekal sama seperti petang tadi.

“Di Dungun, Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 orang daripada 22 keluarga. Di Kemaman, 10 orang daripada dua keluarga ditempatkan di surau Kampung Ban Ho,” katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my pula memaklumkan stesen bacaan Sungai Terengganu di jambatan angkat merekodkan paras 1.85 meter, melebihi paras bahaya 1.8 meter.

Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman pula melepasi paras amaran.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir turut merekodkan penurunan setakat 9 malam ini dengan 308 orang daripada 109 keluarga ditempatkan di lima PPS di Kuala Krai dan Jeli berbanding 331 orang daripada 115 keluarga, petang tadi.

Portal JPS melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan empat sungai merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah serta Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di SELANGOR, Info Bencana JKM melaporkan tiada lagi PPS beroperasi di negeri itu.

BACA juga:

— BERNAMA

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...