Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMMangsa banjir di 5...

Mangsa banjir di 5 negeri meningkat - pakdin.my

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.

Di PAHANG, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi ini, membabitkan lapan daerah, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Daripada jumlah itu, 1,421 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua dengan daerah Lipis mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 553 orang diikuti Rompin (340 orang) dan Raub (278 orang) dan selebihnya dari daerah lain.

Lapan jalan ditutup akibat dinaiki air antaranya Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Temerloh-Jerantut (Temerloh) dan Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis).

Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan enam sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah di Lipis, Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut) dan di Kuala Krau (Temerloh), Sungai Serting di Pdg Gudang (Bera), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Pukin (Rompin), manakala Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan cuaca hujan sepanjang hari di semua daerah terjejas banjir.

Di MELAKA, jumlah mangsa meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga pada jam 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua mangsa terjejas dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan sembilan di Jasin.

“Seramai 1,015 mangsa daripada 270 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 1,391 mangsa daripada 356 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 131 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di JOHOR pula, jumlah mangsa bertambah kepada 3,841 orang pagi ini berbanding 2,553 orang semalam dengan enam daerah kini terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, Mersing menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan seramai 366 mangsa daripada 90 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Sementara di SABAH, jumlah mangsa terus meningkat kepada 2,435 daripada 874 keluarga setakat pagi ini berbanding 1,823 mangsa daripada 599 keluarga malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan setakat ini sebanyak 23 PPS dibuka enam daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu.

Daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu seramai 1,973 mangsa daripada 520 keluarga ditempatkan di 12 PPS, daerah kecil Paitan 97 mangsa daripada 23 keluarga di tiga PPS.

Selain itu di Pitas, 79 mangsa daripada 22 keluarga di dua PPS, Sandakan (197 mangsa daripada 42 keluarga) di dua PPS, Telupid (51 mangsa, lapan keluarga) di dua PPS dan Beluran (38 mangsa, 10 keluarga) di satu PPS.

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir membabitkan 22 PPS di negeri ini meningkat kepada 2,041 individu daripada 554 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 1,892 individu daripada 505 keluarga malam tadi.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, sebanyak 15 laluan di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan dan hanya tiga dibuka untuk kenderaan berat termasuk di Tampin susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat tengah malam tadi.

Di TERENGGANU, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga pagi ini di dua PPS di Dungun.

“Dua PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Kampung Shukor yang menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja (69 orang, 22 keluarga).

JPS melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my pula memaklumkan hanya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman merekodkan ketinggian melepasi paras amaran pagi ini.

Di SELANGOR, dua PPS di daerah Kuala Langat menempatkan 40 mangsa kembali dibuka semalam.

Dua PPS itu adalah Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my setakat 6.45 pagi tadi melaporkan kawasan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat kini berada pada paras bahaya apabila mencatat 4.29 meter manakala Sungai Langat di kawasan Dengkil, Sepang berada pada paras amaran dengan ketinggian 7.07 meter.

– BERNAMA

BACA juga:

Original Article

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883