UtamaDUNIAMyanmar isytihar gencatan senjata

Myanmar isytihar gencatan senjata - pakdin.my

PHNOM PENH  — Jeneral Min Aung Hlaing, pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar yang memerintah, mengisytiharkan gencatan senjata ketika bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen yang melawat Nay Pyi Taw pada 7 Jan.

Min Aung Hlaing memaklumkan Hun Sen bahawa kerajaan Myanmar sebelum ini telah mengisytiharkan gencatan senjata selama lima bulan dengan semua Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) sehingga akhir Februari 2022, dan kini memutuskan untuk melanjutkannya sehingga akhir 2022

Demikian menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja.

Min Aung Hlaing juga menyeru semua pihak menerima gencatan senjata itu demi kepentingan negara dan rakyat, menamatkan semua tindakan keganasan dan bertenang sepenuhnya, tambah kenyataan itu.

Di pihak Hun Sen, beliau sangat menyokong langkah itu yang bertujuan meredakan ketegangan dan membolehkan dialog membina dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mencapai keamanan berkekalan dan pembangunan negara, kata kenyataan itu.

Min Aung Hlaing berkata beliau mengalu-alukan penyertaan Duta Khas ASEAN ke Myanmar untuk menyertai rundingan gencatan senjata dengan EAO.

Menurut VNA, kedua-dua pemimpin itu turut menyokong pertemuan dengan pihak berkepentingan seperti Duta Khas ASEAN ke Myanmar dan Setiausaha Agung ASEAN, termasuk untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Myanmar.

Mereka berkata adalah amat penting menyediakan mekanisme dan kemudahan yang sesuai untuk program vaksinasi COVID-19 serta pemberian bantuan kemanusiaan yang berkesan kepada orang yang memerlukan tanpa diskriminasi.

Kemboja bertanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan Perdana Menterinya Hun Sen menjadi pemimpin asing pertama melawat Myanmar sejak rampasan kuasa Februari 2021. Lawatan dua hari beliau bertujuan mencari penyelesaian bagi menamatkan krisis politik yang sedang berlaku di Myanmar sejak rampasan kuasa itu

BACA juga:

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...