Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMKWSP adalah isu rakyat,...

KWSP adalah isu rakyat, bukan tujuan politik - pakdin.my

UMNO mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan kerana tujuan politik.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia dibuat semata-mata keperluan semasa rakyat.

“Pelbagai tohmahan dilempar terhadap UMNO disebabkan permintaan parti ini supaya rakyat yang memerlukan dibenarkan membuat pengeluaran wang akaun KWSP.

“Permintaan itu dituduh oleh seorang menteri kanan sebagai menghasut, manakala pemimpin pembangkang menuduh UMNO mahu menghancurkan KWSP.

“Fahamilah permintaan itu bukan permintaan politik UMNO, tetapi semata-mata berlandaskan permohonan dan keperluan semasa rakyat.

“Sila baca komen rakyat Malaysia di media sosial berhubung perkara itu. Apakah UMNO menyuarakan permintaan rakyat dikatakan sebagai politik?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Ahmad Zahid, kewajaran permintaan itu juga sudah banyak kali diperjelaskan malah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki paling lantang menerangkannya.

“Maka tidak benar UMNO dituduh mahu mengambil kesempatan sedangkan jika permintaan itu dipenuhi, menteri bertanggungjawab juga mengaut pujian.

“Jika dibahas tentang mainan politik dalam perkara ini, menteri berkaitan juga boleh dikaitkan dengan motif politik seperti yang banyak pihak andaikan,” katanya.

UMNO, katanya, sebagai parti politik milik rakyat telah menyampaikan kehendak rakyat, namun ianya keputusan sebuah kerajaan campuran bersetuju atau menidakkan.

“Bagi parti politik keramat agama, bangsa dan negara akan terus sedaya upaya berusaha membantu rakyat dengan apa sahaja saluran atau sumber yang ada.

“Keazaman UMNO untuk menjamin dan memperjuangkan kesejahteraan hidup rakyat tidak pernah terhenti kerana itulah kesalasilahan parti ini.

“Namun yang pasti keadaan adalah lebih mudah jika UMNO masih menjadi teras kerajaan, justeru jadikan segala yang disaksikan sebagai pedoman masa depan,” katanya.

Original Article

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838