Banjir: MKT zahir penghargaan kepada Penyelaras Bantuan Bencana BN serta semua Ahli UMNO terlibat #pakdin.my

Banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 dan Januari 2022 merupakan sesuatu yang diluar jangkaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada malam tadi menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

“Antaranya ialah kakitangan Ibu Pejabat UMNO, Biro Kebajikan UMNO, Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Bencana Banjir Barisan Nasional,
Skuad Sayang, Skuad Sabil, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri, UMNO Bahagian dan Cawangan terutamanya di kawasan-kawasan yang terlibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pelbagai bantuan banjir yang diberi oleh kerajaan adalah dialu-alukan.

Walaubagaimanapun, mesyuarat terbabit mengambil ingatan tentang pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Negeri Selangor.

“Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari 2022 juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang,” katanya.

Mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn telah dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub selaku Naib Presiden UMNO.

Original Article

Berkaitan