#PRNJohor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - pakdin.my

Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menasihatkan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengadakan PRN.

“Saya rasa justifikasi untuk mengadakan PRN itu lebih penting kerana kita mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Udang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Justeru, pihak-pihak tertentu tidak perlu bimbang, saya akan berpegang teguh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Penghantaran AirAsia Super App di Johor Bahru City Square, di sini baru-baru ini.

Menteri Besar menambah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya tidak menolak sekiranya PRN diadakan.

“Saya telah nyatakan bahawa dalam keadaan majoriti yang amat tipis ini, saya perlu lebih sensitif kepada kestabilan kerajaan. Saya tidak boleh menganggap bahawa semua bersetuju ataupun menggunakan bentuk-bentuk kaedah kaedah tertentu untuk mencapai keputusan.

“Dengan majoriti yang tipis ini, usaha menstabilkan kerajaan ini memerlukan saya berhati-hati dan perlu lebih sensitif supaya program untuk pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Selain itu, ada pihak yang menjadikan kestabilan Kerajaan Negeri itu sebagai prasyarat untuk mereka datang melabur dan meluaskan pelaburan. Tentulah saya mencari langkah supaya itu tidak menjadi alasan kepada pelabur untuk memperkembangkan perniagaan mereka,” katanya.

BACA juga:

Original Article

UTAMABERITAAM#PRNJohor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium