Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNJohor: Jentera perlu bekerja...

#PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat - pakdin.my

Setiap jentera perlu berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN serta mengenepikan segala sikap penting diri termasuk unsur khianat dan sabotaj kepada parti, pesan Pengarah Pilihan Raya bagi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi.

“Jangan mengkhianati sesiapa, jangan cakap kita khianat kita pujuk. Di Melaka kita pujuk, berunding tetapi pinangan kita ditolak ke tingkap kerana menyatakan BN tidak boleh menang. Dengan senang hati BN mentadbir Melaka tanpa ada gangguan mana-mana pihak.

“Kita menang pilihan raya kerana kita bersama, kita menang pilihan raya kerana bersungguh-sungguh untuk menang, jangan berselisih faham kerana banyak kerusi yang kalah pada PRU (Pilihan Raya Umum) ke 14 kerana berselisih faham dan mensabotaj sesama sendiri,” kata Timbalan Pengerusi BN itu.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Jentera BN Zon Utara PRN Johor 2022 di Dewan Seri Pekembar di sini pada Ahad.

“Nak menang buat cara nak menang, jangan nak menang asyik bergesel dan bersepak macam-macam. Buangkan apa saja kepentingan-kepentingan selain untuk menang pilihan raya,” tambah beliau.

Turut hadir Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Johor merangkap Ketua Penyelaras PRN Johor, Datuk Hasni Mohammad, Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong, Naib Presiden MIC, Datuk M. Asojan serta Pengerusi-pengerusi ‘Friends of BN’.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berharap agar jentera BN jangan mengulangi kesilapan lalu dan perbaiki kesilapan demi kemenangan BN pada PRN Johor ini.

Jangan ulangi kesilapan kita pada mana-mana lalu. Kalau ini dapat dielakkan dan susun gerak kerja dengan baik, Insya-Allah… tiada siapa yang boleh menghalang kemaraan kebangkitan BN di negeri Johor.

“Jangan bergaduh dengan orang, kita buat kerja senyap-senyap dan buat kerja betul-betul dan yang penting nanti kita boleh menang sekurang-kurangnya 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini. Saya berharap dan berdoa pada PRN Johor ini zon utara akan lebih cemerlang daripada zon-zon lain… Insya-Allah,” katanya.

BACA juga:

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805