#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan - pakdin.my

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah berbeza dan lebih mencabar.

Menurut beliau, jentera Komunikasi dan Penerangan BN UMNO mesti menggunakan pendekatan dan strategi yang berbeza serta dipelbagaikan bagi menghadapi pengundi kerana rakyat Johor mungkin berbeza sikap dan pemikirannya.

“Perlu diingat, kita akan ditinggalkan atau tidak digemari oleh sebahagian pengundi mungkin kerana pendekatan yang diguna dan apa yang disampaikan oleh kita tidak mereka minati.

“Maka jentera Komunikasi BN semua parti UMNO, MCA , MIC atau PBRS serta Parti sahabat BN mesti bijaksana,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Justeru itu, tanggungjawab besar sebagai jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO BN adalah terlebih dahulu memahami latarbelakang dan kedudukan serta sikap pengundi.

“Saya yakin jika pendekatan kita digemari. Maklumat dan kempen yang disampaikan dengan cara serta kaedah yang betul. Ramai akan bersama kita.

“Saya ingin berpesan kepada jentera Komunikasi dan Penerangan semua parti di pelbagai peringkat dalam Barisan Nasional. Kita mesti berkempen secara berhemah. Maklumat yang kita sampaikan mesti tepat dan betul. Jangan sekali kita menfitnah,” tambah beliau.

Shamsul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan bahawa hal ini penting kerana rakyat dan pengundi di Johor tahu menilai dan UMNO-BN tidak boleh habya berkempen kepada ahli parti sahaja, sebaliknya kepada rakyat Johor keseluruhannya.

“Tanggungjawab besar ialah memastikan pengundi di Johor bersama BARISAN NASIONAL,” katanya.

BACA juga:

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium