Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIK#PRNJohor: Ambil iktibar kekalahan...

#PRNJohor: Ambil iktibar kekalahan di Melaka, Sarawak – Salahuddin - pakdin.my

Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak sekali gus tidak membiarkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) terus mengecapi kejayaan di Johor nanti.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemimpin PH seharusnya mempelajari kelemahan dan memperbaiki kesilapan percaturan di kedua-dua siri PRN terdahulu bagi memastikan perkara sama tidak berulang di PRN Johor.

“PRN Johor akan menjadi medan tempur sekali gus faktor kemenangan kita bersama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menjadi hal yang sangat penting bagi semua parti yang membentuk barisan pembangkang iaitu Muda, Pejuang dan Warisan untuk membuat satu kata sepakat bahawa UMNO dan BN sebagai musuh utama kita.

“Bagi menghadapi musuh utama ini, kita harus menyelesaikan perkara-perkara penting seperti pembahagian kerusi dan matlamat bersama yang akan meyakinkan rakyat untuk memilih PH dan menolak sepenuhnya UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Salahuddin berkata, pemimpin PH harus memiliki kesabaran, kebijaksanaan, sikap terbuka dan semangat pengorbanan yang tinggi dalam memastikan matlamat tersebut dapat dicapai menerusi rundingan pembahagian kerusi kelak.

Katanya, semua pemimpin PH perlu lakukan rundingan untuk melihat spektrum yang lebih besar bagi mengalahkan UMNO dan BN.

“Mereka yang terlibat dalam salahguna kuasa, UMNO yang sarat dengan pemimpin terlibat dengan isu kleptokrasi dan kluster mahkamah, maka sosok ini harus dinyahkan daripada terus mendapat kemenangan besar di negeri Johor.

“Perkara yang sangat penting untuk kita sedari ialah jangan sekali-kali kita diizinkan untuk menjadi ejen oleh tangan-tangan tidak kelihatan, yang mahu melihat kita berpecah, mahu kita bertempur sesama sendiri dan sekiranya ini berlaku di kerusi-kerusi yang ditandingi, maka kita akan kalah semuanya,” kata Salahuddin.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883