PCM lapor SPRM terhadap Ahli Parlimen Hulu Selangor - pakdin.my

Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumbangan projek penternakan arnab melibatkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui.

Ketua Penerangan Nasional PCM, Murali Ballah berkata, laporan tersebut bertujuan untuk membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap sebarang penyelewengan yang mungkin wujud dalam kes terbabit.

“Menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada 6 Januari lalu, June memaklumkan telah menyalurkan sumbangan tersebut menerusi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor bagi mengembangkan sektor penternakan arnab di kawasan milik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Buaya, Serendah.

“Bagaimanapun pada Isnin lalu, individu yang didakwa menerima sumbangan berkenaan iaitu Aylwin Chan Wai Tuck telah membuat laporan polis bagi menafikan perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

Murali berkata, semakan pihaknya mendapati June turut mengarahkan sebuah sangkar arnab dipasang di kediamannya.

Berdasarkan semakan invois pembelian, Murali berkata, sejumlah RM3,470 telah dibayar bagi pembinaan tujuh sangkar arnab untuk pembangunan projek berkenaan namun sebuah sangkar telah dipasang di kediaman June.

“Memang jumlah sebuah sangkar hanya RM450 kelihatan sedikit, namun ia tetap melibatkan wang rakyat.

“Justeru, kami mendesak SPRM untuk lakukan siasatan semua sumbangan June sejak Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana kelihatan meragukan,” katanya.

Sebelumnya, Aylwin yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis pada 7 Februari lalu bagi menafikan kenyataan June di laman Facebook berkenaan sumbangan projek penternakan arnab.

Aylwin dilaporkan berkata, wang yang diterimanya daripada June adalah sebagai bayaran untuk pemasangan tujuh sangkar arnab yang dibuat oleh syarikatnya.

UTAMABERITAAMPCM lapor SPRM terhadap Ahli Parlimen Hulu Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium