[Video] Mangsa gangguan seksual ADUN Sedili buat pengakuan sumpah - pakdin.my

KOTA TINGGI – Mangsa gangguan seksual melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain tampil membuat pengakuan bersumpah bagi mengukuhkan lagi dakwaan dilakukannya sebelum ini.

Mangsa, Nur Syafiqah Binti Badsulhisham, 27, berkata, perkara itu mahu dizahirkan kerana dia dan keluarga sering dibelenggu dengan kejadian berkenaan selain dituduh sengaja menimbulkan provokasi.

“Wallahi Wabillahi Watallahi, saya Nur Syafiqah binti Badsulhisham mengaku saya telah dicabul oleh Si Rasman bin Ithnain seperti dalam laporan polis yang telah saya lakukan.

“Sekiranya saya berdusta, laknat ALLAH SWT akan dijatuhkan pada saya,” katanya dalam satu sidang media di kediamannya di Taman Guru di di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, pada 18 Januari media melaporkan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan ada menerima laporan dibuat seorang wanita yang mendakwa dirinya menerima gangguan seksual daripada ADUN Sedili.

Menerusi laporan itu, mangsa juga mendakwa telah diganggu secara seksual sebanyak empat kali ketika hadir ke program-program yang dihadiri ADUN berkenaan.

Dalam sidang sama, Nur Syafiqah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Tinggi turut meletak jawatannya serta mengistiharkan keluar parti dengan serta merta.

Mengulas mengenai isu itu lagi, Nur Syafiqah berkata, dirinya juga mengalami kesukaran selain gangguan emosi untuk berdepan masyarakat awam kerana malu serta dianggap menipu.

“Ada yang tanya kenapa mahu maklum perkara ini selepas empat kali, mesti suka sama suka, awalnya saya takut dan saya mahu menjaga aib keluarga dan juga parti.

“Selepas itu, saya juga mulai takut kerana saya rasa benda ini akan berlarutan jika tidak berbuat sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu juga akan mengambil khidmat peguam untuk membawa isu berkenaan ke pihak pendakwaan untuk membuktikan kebenaran yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi di sini pada Sabtu mengesahkan siasatan berhubung kes berkenaan masih berjalan.

“Kes masih berjalan dan sedang dalam siasatan, kita juga masih belum terima sebarang keputusan,” katanya.

BACA juga:

UTAMABERITAAM Mangsa gangguan seksual ADUN Sedili buat pengakuan sumpah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium