Wednesday, February 28, 2024

[Video] Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Bukit Wang, Kubang Pasu, Kedah- pakdin.my

ALOR SETAR – Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan ‘pak belang’ itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.

Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan.

Dalami klip audio tersebut, lelaki itu menyebut ‘Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati’.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, sebaliknya berlaku di luar negara.


 

BACA juga:

UtamaBERITAAM Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Bukit Wang, Kubang Pasu,...

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR