TMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018 - pakdin.my

Tunku Mahkota Johor berharap ekonomi negeri itu akan bertambah baik dan secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk rakyat.

Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Menurut beliau, Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018.

Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Graf pelaburan sektor pembuatan di Negeri Johor yang dikongsikan beliau dalam hantaran di Facebook itu menyaksikan penurunan pada tahun 2019 dan paling ketara pada tahun 2020.

Pada tahun 2016, 2017 dan 2018, negeri Johor berada pada kedudukan pertama dalam pelaburan yang berjumlah RM26.41 bilion, RM21.93 bilion dan RM30.51 bilion.

Kedudukan itu jatuh kepada tempat keempat pada tahun 2019 dengan jumlah pelaburan RM11.46 bilion dan RM6.78 bilion pada tahun 2020.

”Kita memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara.

”Kita perlu bersama-sama berganding bahu dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Ini harus menjadi keutamaan kita,” katanya.

UTAMAPILIHAN RAYATMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium