[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang - pakdin.my

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan menerima laporan mengenai insiden pencerobohan gajah di Kem Sri Banding, Gerik, baru-baru ini, seperti ditularkan menerusi rakaman video.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu dilihat menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan.

Tanpa menerangkan insiden secara terperinci, beliau berkata, gangguan gajah di kem terbabit kerap berlaku, terutama apabila dipercayai berlaku kerosakan pada pagar elektrik atau pagar tidak diselenggara dengan baik.

“Ada (terima laporan baru-baru ini) dan ini kejadian berulang yang mana situasi sama kerap berlaku di situ. Cuma kali ini ada pula yang rakam dan viralkan.

“Punca gajah itu masuk, mungkin kerana masalah pagar elektrik di kem berkenaan yang rosak atau tidak diselenggarakan dengan baik.

“Pejabat PERHILITAN Daerah Gerik akan membantu dan memberi nasihat kepada pihak pengurusan kem itu bagi kerja baik pulih,” katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp, malam ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 01:11 minit tular, memaparkan seekor gajah merosakkan beberapa peralatan menerusi luar tingkap di sebuah premis dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Video berkenaan turut disertakan dengan keterangan mengenai lokasi kejadian iaitu di Kem Banding, Gerik membabitkan premis stor simpanan rangsum atau makanan tentera ketika menjalani latihan atau misi.

Pada Januari 2018, media pernah melaporkan mengenai gangguan gajah di Kem Sri Banding yang berkesudahan dengan kematian gajah terbabit akibat terkena renjatan elektrik.


BACA juga:

UTAMABERITAAM Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium