Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Thailand

Thailand
1,866,863
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
1,749,848
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
18,865
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Global

All countries
244,814,869
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
220,231,865
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
4,970,127
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

‘Alam’ dan ‘Kasturi’ bantu pindahkan gajah liar ‘Limah’ dan ‘Liah’ di Felda Tenggaroh

MERSING – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memindahkan dua ekor gajah liar betina yang ditangkap di Felda Tenggaroh ke Taman Negara Endau Rompin di sini pada Sabtu.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi pemindahan gajah yang diberi nama Limah dan Liah itu dilakukan pada jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang dibantu dua gajah denak dari Pahang iaitu ‘Alam’ dan ‘Kasturi’.

“Kedua-dua ekor gajah itu ditangkap Selasa lalu susulan aduan penduduk sekitar Felda Tenggaroh.

Limah dan Liah sebelum ini menimbulkan masalah di kebun sawit sehingga menyebabkan peneroka di Felda Tenggaroh menanggung kerugian.

“Kedua-dua gajah itu berumur anggaran 25 dan 15 tahun. Kita percaya gajah ini daripada populasi kumpulan ID Jemaluang yang dianggarkan ada dalam 40 ekor,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Katanya, Limah dan Liah dipercayai tersesat di Felda Tenggaroh dan Perhilitan terpaksa memindahkan kedua-duanya.

Jelasnya, pemindahan gajah merupakan langkah terakhir kerana kumpulan gajah itu dipasang kolar. Apabila mendekati kawasan kampung akan dihalau tetapi Limah dan Liah terpisah daripada kumpulannya.

“Proses pemindahan mengambil masa kerana kerana gajah denak perlu berehat sehari sebelum proses pemindahan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Felda Plantation Management Wilayah Johor Bahru, John Asrol Mohamad berkata, serangan gajah di kebun kelapa sawit mengakibatkan ramai peneroka kehilangan sumber pendapatan.

Katanya, usaha Perhilitan memindahkan mamalia tersebut langkah tepat demi kelangsungan warga peneroka dan itu merupakan tangkapan kali ketiga bagi tahun ini melibatkan kawasan Felda.

“Setakat ini kerugian dialami peneroka besar tambahan pula harga sawit sekarang tinggi dengan kadar RM1,000 bagi satu tan,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021