Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALAMSebak dapat sertai semula...

Sebak dapat sertai semula Umno - pakdin.my

LANGKAWI: Selepas empat tahun meninggalkan Umno, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid memohon untuk menyertai semula parti itu.

Mohd Rawi menyerahkan borang keahlian kembali menyertai Umno kepada Setiausaha Umno Bahagian Langkawi, Nordin Ali di Auditorium Kompleks Kraf Langkawi di sini, petang ini.

Turut menyertai semula Umno ialah bekas Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan, bekas Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lalang, Abdul Razak Mohd Rafie dan Zainon Bidin.

Mohd Rawi yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi kelihatan sebak sepanjang majlis pengumuman menyertai semula parti yang turut dihadiri kira-kira 50 ahli Umno.

“Saya keluar (Umno) pada 20 Disember 2018 dan keputusan masuk semula dibuat pada 2019 selepas berjumpa dengan bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ketika beliau bercuti Aidilfitri di Langkawi.

“Saya kemudian menulis surat rayuan (masuk Umno) pada 20 Mei 2020 dan mendapat jawapan daripada Ibu Pejabat Umno pada 18 Januari 2021,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman di sini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hangat selama dua penggal itu berkata, rayuannya kemudian diluluskan pada Mesyuarat Umno Bahagian Langkawi 18 Disember lalu.

“Saya insaf atas kesilapan yang dilakukan, bagaimanapun saya tidak pernah menyerang Umno atau pimpinannya di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

“Saya bersama rakan-rakan yang masuk semula Umno hari ini berjanji membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838