UtamaNASIONAL@nohomar dakwa MB Selangor...

@nohomar dakwa MB Selangor @Khalid_Ibrahim tak faham isu air - pakdin.my

Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.SHAH ALAM – Dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa simpanan air mentah di negeri ini mencukupi dan berada di tahap selesa menunjukkan beliau tidak faham isu sebenar dan cuba mengelirukan rakyat, kata Datuk Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor berkata, isu dibangkitkan ialah kadar rizab air di negeri ini yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya air mentah di tujuh empangan sedia ada.

Justeru katanya, beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu atau daripada mana-mana sungai di negeri ini.

“Rakyat memerlukan air yang telah dirawat di loji rawatan, bukan air mentah. Menteri Besar sengaja mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar berkenaan krisis bekalan air bersih yang semakin kritikal,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa pemimpin Kerajaan Pusat dan media melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini berada di tahap selesa.

Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Katanya, jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina Kerajaan Persekutuan dengan kos RM218 juta termasuk membeli tanah milik Sime Darby, yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.

“Walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah masih tidak mencukupi terutama bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut memberi analogi ‘padi dan beras’ bagi memudahkan rakyat memahami perbezaan antara air mentah dan air yang telah dirawat.

Beliau berkata, empangan dan sungai diumpamakan sebagai bendang yang luas yang menghasilkan padi iaitu air mentah manakala loji rawatan pula ialah kilang memproses yang menghasilkan beras.

“Saya nak tanya Menteri Besar, adakah dia makan padi atau beras? Tak tahulah jika dia makan padi seperti makan kuaci yang belum dibuang kulitnya.

“Walaupun mempunyai jumlah sawah padi yang banyak, rakyat masih memerlukan beras untuk dimakan, sama seperti keperluan air bersih yang telah dirawat,” katanya.

Kerana itulah katanya, pembangunan Loji Langat 2 perlu diteruskan kerana ada bebarapa loji rawatan di negeri ini beroperasi melebihi kapasiti bagi menampung keperluan air yang besar di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Sumber air terawat sekarang tidak mampu menampung keperluan di masa akan datang, oleh yang demikian kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai pusat rawatan baru,” katanya.

Oleh itu katanya, Abdul Khalid dinasihat tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat seperti mana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Dia (Abdul Khalid) boleh minum air Sungai Klang kalau dia mahu,” kata Noh dengan nada sinis.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...