Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNAJIB RAZAKNajib dakwa hutang kerajaan...

Najib dakwa hutang kerajaan bertambah ketika Muhyiddin jadi PM - pakdin.my

Dia antara punca utama masalah, dia pula nak mengaku prihatin nak selesaikan masalah yang diwujudnya.

Beberapa hari lalu, Abah kau mengaku kerajaan PN semasa dia PM banyak berbelanja duit untuk bantu Rakyat.

Sebelum itu, dia pernah kata kerajaan tidak ada banyak duit lagi untuk bantu rakyat setelah berbelanja RM600 bilion dari rizab yang dibina masa BN dan juga melalui hutang baharu sehingga hutang naik lebih RM320b dari RM686b ke lebih RM1.04 trilion.

Lepas itu, dia tanya kenapa saya persoalkan isu ini dan mendakwa saya hina penerima bantuan semasa Covid.

Tidak.

Dari mula pandemik, saya memang mahu bantuan kepada Rakyat mencukupi.

Dari mula pandemik juga, saya antara orang pertama yang cadangkan guna kaedah cash is king, meminta moratorium pinjaman, meminta pengeluaran khas dari KWSP, meminta moratorium untuk sewa rumah serta pejabat dan sebagainya – malah diminta pada 17 Mac 2020 – iaitu sehari sebelum PKP pertama dilaksanakan.

Tapi apa yang Abah kau perlu faham ialah pentadbirannya semasa dia berada dalam kerajaan PH dan PN yang menyebabkan kerajaan kurang duit dan rakyat lagi susah sehingga jumlah hutang ditambah, jumlah dana yang dikorek dari tabung-tabung kerajaan dan jumlah bantuan yang TERPAKSA diberi adalah berpunca dari mereka.

Selepas PRU14:

– dia juga antara mereka yang turun jalan raya untuk batalkan GST – satu keputusan yang menteri kewangan kerajaan PN dan dia pun mengaku adalah satu kesilapan besar yang telah menghadkan kemampuan untuk bantu rakyat.

– ekonomi teruk apabila satu persatu pelabur lari dari. Pertumbuhan KDNK negara dan jumlah pelaburan asing yang sering antara paling tinggi di ASEAN sebelum PRU14 jatuh ke antara paling rendah.

– ekoran ekonomi merudum, pendapatan Rakyat juga terkesan dan hasil kerajaan dari cukai korporat serta cukai peribadi turut turun.

– pasaran saham Malaysia yang mencapai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 terus menjunam dan menjadi pasaran saham dengan prestasi antara paling corot dalam dunia.

– Dividen-dividen dan Hibah ASB, Tabung Haji, LTAT jatuh teruk berbanding sebelum PRU14 dan memberi tekanan lebih besar kepada pendapatan tahunan Rakyat Malaysia.

– Darurat serta PKP bersambung PKP separuh masak antara tempoh paling lama dalam dunia dilaksanakan untuk elak parlimen berlangsung begitu lama sehingga rakyat hilang mata pencarian untuk begitu lama sehingga ramai bunuh diri dan naikkan bendera putih.

Biarpun begitu lama tempoh lockdown tapi sebab ianya separuh masak, kadar kes Covid serta kematian Covid berbanding saiz penduduk menjadi paling tinggi di ASEAN dan antara paling tinggi dalam dunia.

Dari Raya puasa ke raya haji, kita dikurung sebab tak mahu parlimen bersidang.

Berkali-kali disuruh buat amat ketat tapi singkat, dia tak mahu. Orang tutup pintu depan, mereka buka pintu belakang pula.

Sehingga Raja-raja Melayu perlu bersidang untuk titah pada kerajaan PN untuk parlimen bersambung.

Semua ini berlaku. Semua adalah fakta.

AKIBATNYA::

– hutang bertambah RM320b (46%) dalam masa yang begitu singkat dan had hutang kerajaan terpaksa dinaikkan dua kali dari 55% ke 60% dan kini ke 65% – sehingga kita diturunkan penarafan dari gred A ke gred B semasa dia PM.

– Rizab tunai Petronas yang dibina dari RM30b sehingga RM176b semasa saya PM dijarah berterusan mereka – sebanyak RM150b diambil dalam masa 4 tahun.

– RM19.5 bilion dikeluarkan dari tabung KWAP untuk membayar pencen oleh kerajaan PH dan PN sejak tahun 2018. Semasa saya PM, kerajaan tak pernah keluarkan satu sen pun dari tabung ini. Malah jumlah aset Tabung naik berganda dari RM30 bilion ke lebih RM140 bilion.

– Nilai aset bersih Khazanah yang dibina masa saya PM dan pengerusi Khazanah dari RM30b ke RM116b jatuh ke RM79b pada tahun 2020 setelah aset berpuluh bilion Ringgit yang memberi pulangan yang baik setiap tahun dijual kerajaan PH dan PN.

Aset yang beri pulangan baik, kamu jual? Ada akal ke?

– RM15b juga dikeluarkan dari Tabung KWAN biarpun satu sen tidak pernah dikeluarkan semasa saya PM di mana nilai tabung naik RM4b ke RM17b.

Jadi, kamu antara mereka yang sebabkan ekonomi negara tenat dan Rakyat susah, lalu kamu tambah hutang, korek rizab serta tabung-tabung kerajaan dibina masa BN untuk “bantu” Rakyat yang disusahkan korang?

Lalu mengaku prihatin dan tuduh saya tidak prihatin sebab kamu “bantu” Rakyat?

Kamu susahkan dan kamu pula nak jadi hero?

Siapa pula nak bayar balik hutang dibuat kamu dan siapa pula nak ganti dana tabung-tabung kerajaan yang dikorek kamu?

Sekadar tambah hutang dan korek tabung tanpa membina ekonomi untuk beri “bantuan” kepada mereka yang disusahkan korang, siapa pun boleh buat.

Mat Sabu dan Mahfuz pun boleh.

Faham belum?

Facebook Najib Razak

BACA juga:

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805