Tuesday, March 5, 2024

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan- pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya.

Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak.

Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan.

“Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk mengembalikan kestabilan Malaysia dalam membina kemajuan yang lebih gemilang dan memelihara kesejahteraan setiap ahli Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

UtamaPOLITIK PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR