Minit mesyuarat bocor: Serah kepada rakyat, ahli UMNO buat penilaian #PASleaks

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada rakyat dan ahli UMNO untuk menilai sendiri berkenaan dokumen minit mesyuarat atau digelar PasLeak yang tular di media sosial pada Selasa.

Menurutnya, laporan itu memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman melibatkan kes mahkamah beliau dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat Muhyiddin, maka ia membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim Negara).

“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem ‘judiciary’ (badan kehakiman) dan kehakiman negara.

“Saya berserah hanya kepada ALLAH SWT, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pendedahan kandungan minit mesyuarat bocor melibatkan sebilangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) merancang strategi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tular sejak Selasa.

Dalam dokumen tersebut beberapa nama disebutkan.

Selain Ahmad Zahid, ia juga memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Bendahari Kehormat BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain.

Berdasarkan pendedahan gerakan politik oleh dokumen berkenaan, terdapat sekelompok pemimpin PN seolah-olah merancang mempercepatkan hukuman penjara ke atas Ahmad Zahid dan Najib selain cubaan mengaitkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan kes mahkamah.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau akan menunggu sekiranya ada penafian dan laporan polis yang dibuat terhadap pendedahan laporan risikan tersebut.

“AG, seperti biasa, diam. CJ? Dulu pun dah buat laporan polis tapi umum tidak mengetahui hasil siasatan sama ada sahih atau tidak serta tindakan terhadap mereka yang mengaku ‘bisa diatur’ keputusan hakim.

“Judiciary? Sudah biasa buat laporan polis pun. Saya? Tunggu saja kalau ada penafian dan laporan polis terhadap pendedahan laporan risikan ini.

“Sekurang-kurangnya, PM boleh tanya AG betul ke pendapat Muhyiddin itu. Betul ke sudah ada ‘kolusi’ antara pemimpin politik dengan AG dan CJ?” soalnya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...