UtamaPOLITIKAkar umbi UMNO sebulat...

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan - pakdin.my

Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan sebulat suara dari setiap akar umbi parti bagi memastikan parti itu berada dalam landasan terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apalah ertinya memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tetapi UMNO tewas PRU akibat perpecahan parti hasil perebutan jawatan sebelum PRU.

“Atas semangat mahukan kestabilan politik diperkukuh, tumpuan untuk memenangi PRU akan datang, kesemua kepimpinan tertinggi parti, bahagian dan akar umbi parti bersetuju untuk bersatu hati fokus kepada keutamaan untuk menang PRU terlebih dahulu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad

Menurutnya, UMNO mempunyai visi dan misi yang jelas untuk rakyat, masyarakat dan negara. Idea-idea transformasi telah banyak terbukti berjaya.

“ Transformasi UMNO dapat dilihat apabila kuasa memilih tidak lagi terletak di tangan 2,510 orang perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO, tetapi diperluaskan ke peringkat perwakilan Bahagian, melibatkan seramai 146,500 orang ahli,” katanya.

Jelasnya, langkah ini telah meletakkan UMNO lebih ke hadapan, dalam meraikan amalan demokrasi berbanding parti politik lain termasuk yang berjenamakan demokratik.

“ Tidak kurang juga dalam soal memastikan kestabilan, tanpa meminda perlembagaan, parti pernah membuat keputusan supaya jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pada pemilihan Jun 2018, setelah 30 tahun kerusi Presiden tidak dipertandingkan sejak 1988, beliau yang ketika itu menjalankan tugas-tugas Presiden telah mencadangkan agar semua jawatan parti termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan dan cadangan tersebut dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi.

“ Inilah fasa-fasa yang berlaku di dalam UMNO yang mematangkan kita dan memantapkan parti untuk terus relevan di persada politik tanah air.

“ Begitu juga gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum adalah usul daripada majoriti Bahagian-Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing,” ujarnya.

Katanya lagi, keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan.

“Pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi dan membayangkan UMNO mahu terus berubah secara dinamik dan optimis,” katanya.

Tegasnya, UMNO bangkit selepas tewas PRU14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan, bertanggungjawab dan tidak lari ketika bertempur di medan, tidak tunduk kepada ugutan dan kini bersiap siaga berdepan dengan musuh parti serta PRU.

“ Saya mengajak kesemua ahli UMNO terus kekal istiqamah dalam perjuangan. Jangan ada mengkhianati parti, jangan tunduk pada musuh parti!,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU