Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil - pakdin.my

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan perkhidmatan daripada Petroleo Brasileiro SA di Brazil.

Sapura Energy dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kontrak itu diberikan kepada Sapura Navegacao Marítima melibatkan sambungan selama dua tahun bagi kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) Sapura Esmeralda bernilai RM580 juta.

Sapura Navegacao Marítima adalah subsidiari milik penuh Seabras Sapura Participacoes SA, sebuah syarikat usaha sama antara Sapura Offshore Sdn Bhd dan Seabras Servicos De Petroleo SA.

“Skop kerja kontrak merangkumi penyediaan perkhidmatan serta pajakan pemasangan dan pemulihan paip fleksibel di perairan Brazil pada kedalaman air maksimum 2,500 meter. Tempoh kontrak dua tahun untuk Sapura Esmeralda bermula serta-merta pada 2 Ogos 2022,” kata Sapura Energy.

Syarikat minyak dan gas itu berkata, anugerah itu akan mengukuhkan lagi jejaknya di Brazil, menandakan keupayaan firma tersebut dalam mewujudkan perkongsian yang kukuh dan memberikan nilai kepada pelanggan.

Segmen E&C syarikat mengendalikan operasi enam PLSV di Brazil, dengan kadar penggunaan kira-kira 95 peratus.

UTAMAEKONOMISapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium