Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini - pakdin.my

Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti.

“Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber.

Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19.

Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15.

Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan Nasional (PN) dan perlu memutuskan hubungan dengan PN sekiranya mahu bekerjasama dengan Umno.

PAS mengadakan mesyuarat penting semalam bagi membincangkan sama ada mahu kekal bersama PN atau bekerjasama dengan Umno.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan ringkas selepas perjumpaan selama dua jam itu berkata, parti itu akan meneruskan agenda penyatuan ummah dengan harapan ada tolak ansur antara Umno dan Bersatu.

UTAMAPILIHAN RAYAUmno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium