UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRU15: MIC kekal bertanding...

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor - pakdin.my

MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan.

“Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan daripada PKR.

Pada PRU14, calon BN daripada MIC Datuk P. Kamalanathan gagal mempertahankan kerusi itu setelah tewas kepada calon PKR June Leow Hsiad Hui dengan majoriti 13,391 undi.

Parlimen Hulu Selangor adalah antara kerusi tradisi MIC dan bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel pernah memenangi kerusi berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada 1990, 1995, 1999 dan 2004.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata sebarang desakan untuk bertukar calon atau kerusi boleh merencatkan potensi kemenangan BN, selain berkemungkinan mengurangkan sokongan daripada masyarakat India bukan sahaja di kawasan tertentu malah juga secara keseluruhannya.

“Kita lihat pucuk kepimpinan BN amat rasional selama ini sebagai rakan kongsi kuasa dalam menentukan pembahagian kerusi,” kata Saravanan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...